Wednesday, February 27, 2013

Pelamin Tunang Ku

Lets start with the pelamin tunang. Aku decide sesuatu yg simple but nice. Kadang-kadang tu, simple just nice.. Pelamin ni. aku dengan kak long DIY sendiri je. Malas nak membazir-bazir nak tempah-tempah. At least, aku puas hati bile dah siap nnt. Jom kita layan gambar je.


17 February 2013

Backdrop pelamin ni aku dah siap 1 week awal dari tarikh majlis aku. Al-maklum lah, aku just apply cuti hari jumaat je, Sure tak sempat nak buat dalam masa 1 hari kan. Bunga tepi tu, just perhiasan je dulu. Nak tengok macam mane rupa bentuk pelamin tu nanti.


Malam tu, try sekali dengan baju. Nak tengok, kena tak baju degan pelamin, ke kene gelak nanti. haha.Kerusi pulak belum ade idea nak pakai kerusi apa ke just duduk bawah je.huhu. Hero dalam gambar ni, harus lah sentiasa ada.


21 February 2013

Hari Khamis lepas keje, aku terus balik rumah. Sampai rumah, tengok kertas-kertas kipas dekat pelamin backdrop dah berubah susunan nye. Kak Long yang tukar. Kerusi tu aku beli cofee table dekat Jusco Cheras Selatan. Kene modified sikit supaya lebih kukuh bile duduk ramai-ramai. Jumaat baru nak beli barang-barang untuk siapkan kerusi tu dan ambik bunga yang disewa untuk gantikan bunga merah tu.


22 February 2013


Tadaaaa... siap sudah.. Simple bukan. Harus la siap Jumaat malam tu kan. Coffe table yang aku jadikan kerusi tu, aku letak span atas dia. Tak de la kematu bontot aku nak duduk. Mari aku listkan total pelamin DIY ni ye.

Kain Backdrop - RM 55.00
Kertas Kipas (Crepe Paper) - RM 25.00
Lampu Spotlight - RM 25.00
Sewa bunga putih - RM 50.00
Kerusi - RM69.90
Span - RM 8.00
Kain balut kerusi - RM8.00
Pomander Ball - RM 24.00
Stage - Abg Gafa(abg ipar aku) buatkan masa majlis tunang adik die
Carpet balut stage - pinjam kak long punya
Carpet depan stage - pinjam mak cik punya kat kampung
Bantal - pinjam adik Abg Gafa.

Ambik calculator dan kira. haha.. Total untuk pelamin DIY adalah plus minus RM264.90. Kalau tempah confirm-confirm zaman sekarang ni punya harga RM500-RM700. Mana tak nya, aku ada survey-survey, nak sewa kerusi sahaja, tu pon dah RM250. Aku beli cofee table ni, pastu modified jd kerusi macam tu, at least akak & adik aku boleh guna lagi. Dan banyak lagi barang-barang yang aku beli boleh bagi adik-beradik, sedara mara pakai. Btol tak?

No comments: